Thursday, September 30, 2010

jauh tapi dekat

Seminggu yang sungguh indah bersama yang tersayang... cik abang ada urusan di kl utk seminggu, menginap di cititel hotel. walaupun tak banyak bintang tapi location yg strategik dekat shopping mall dan tak jauh dari tempat nak berurusan, seronok jugak lah duduk kat sini walaupun biliknya sangat kecik... view dari tingkap bilik boleh nampak kl tower dan klcc, walaupun dah biasa dengan pemandangan ini yg boleh dilihat dari ofis, tapi tetap rasa teruja menengoknya dari sudut lain.

Monday, September 13, 2010

hari rayaku...

Balik kg untuk raya pada petang hari khamis, dapat pelepasan pada pukul 3.00 ptg. Ambil anak di asrama dan terus balik. Alhamdulillah, sampai kg pada pukul 5.30 ptg. Jalan tak jam sangat, cuma banyak kereta dari KL hingga exit Senawang. Dapatlah berbuka di kg. Adik beradik ada yg beraya kat rumah mertua, raya kedua baru balik kg. Adik yg dok kg pulak, balik ke rumah mertua pada ptg tu, raya ke3 baru balik semula.

Pagi raya, pergi solat raya di masjid, balik tu pergi ziarah kubur mak, nenek dan datuk, pas tu pergi rumah mak-mak sedara terdekat dan beberapa rumah jiran sebelah rumah.

Raya kedua, adik beradik yg beraya kat rumah mertua sampai, kami pi rumah sedara lagi, pi open house biras dan rumah anak sedara.

Hari ahad kena balik KL sebab anak dah mula lecture hari isnin. Bertolak awal dari kg, nak elakkan jam, ikut jalan lama halfway, then ambil lekas highway dari Seremban, sampai KL pukul 2.30 ptg, memang lekas sampai KL. Singgah rumah pak sedara on the way, mereka berdua dah mula puasa sunat Syawal, walaupun kurang sihat cirit birit, baru sampai dari S'pura last nite. Then hantar anak balik asrama. Alhamdulillah, syukur padaMu, Ya Allah, kerana selamat perjalananku dan selamat sampai ke rumah.

Monday, September 6, 2010

choc chips "kaklang's"

choc chips telah selamat dirasa... rangup dan very the sedap, terasa manis sikit... tapi tak mcm famous amos atau chipsmore, ini rasa choc chips "kaklang's".. hehehe... hari tu masa buat moist chocolate cake, suami comment sedap, boleh bukak kedai kek... tapi tak terfikir pun nak business.. utk makan sendiri je.

hari ni hujan sejak tengahari, keluar pejabat terlewat 5 minit dr biasa, jam giler kat kawasan ofis lagi...sampai rumah 6.30 ptg, kalau tak biasanya sebelum 5.30 dah sampai. tak sempat nak beli bahan utk masak, bukak sardin jelah, buat sambal+kentang, memang sodap...

Sunday, September 5, 2010

my choc chips...

Alhamdulillah, berjaya jugak membuat choc chips. My second try, the first time was many, many years ago.


The first round (2 trays), ikut resepi, guna sudu makan, besar-besar jadiknya...


Pas tu, guna sudu kecik pulak...

Hasilnya, 1 tupperware penuh yang saiz kecik, dan setengah bekas saiz besar.



Malam ni lepas iftar baru tau rasa, macam famous amos ke atau chipsmore... hehe..


Ada jugak beli kacang tanah, cadang nak buat biskut mazola, tapi dah tak larat, penat jugak buat biskut ni, mula bancuh 10.30pagi, siap bakar 2.00 ptg.... tu sebab kak lang lebih suka buat kek, bancuh, masuk loyang, bakar/kukus, tunggu/tinggal sampai masak. Tapi demi pak lang tercinta, gagahkan diri utk membuatnya....

Saturday, September 4, 2010

patah semangat...

Cadangnya hari ni nak buat chocolate chip cookies... Ramuan basic dah ada, masa pergi supermarket, beli chocolate chips n brown sugar, ingat petang sikit baru nak buat, nanti bila masak around malam sikit, boleh terus rasa. Petang tadi, keluarkan lah bahan-bahan ikut resepi, tengok margarine ada sikit je...tak cukup. Nak keluar lagi malas, tunggu esok je lah... kot rajin, Insya Allah.

Wednesday, September 1, 2010

apa-apa je lah...

Terkejut hari ni dapat cerita yang tak enak.... My life is my choice, it is Allah's will. They have no right to comment about what I do with my life, my money, my family. It is my life, my money and my family, not theirs. Lebih baik jaga anak, suami dan keluarga sendiri. Ngumpat pasal kita, depa dapat dosa, kita dapat pahala.

Ya Allah, Kau peliharalah aku dan keluargaku dari perasaan hasad dengki mereka yang tidak senang melihat aku bahagia dengan cara hidupku ini. Sesungguhnya, semua ini adalah dugaan dariMu, ya Allah dan aku redha dengan Qada' dan Qadar Mu ini... Engkau lebih mengetahui apa yang terbaik untukku.