Tuesday, February 21, 2012

Solat Sunat Isyraq

Solat Sunat Isyraq
Posted 06/07/2011 by Shafi-Q 
 Solat Sunat Isyraq dua rakaat ini dikerjakan selepas waktu Syuruk iaitu setelah matahari naik anggaran setengah galah (4 hasta atau 1.5 meter), lebih tepatnya kira-kira 12 minit setelah terbit matahari.
Diberi tempoh masa 12 minit ini sejak waktu Syuruk (terbit matahari) adalah agar ia tidak menyamai orang yang menyembah matahari. Waktu ini juga adalah haram untuk melakukan sebarang solat kerana tanduk syaitan berada di antara matahari.
Tempoh masa Solat Sunat Isyraq adalah sangat singkat iaitu 15 minit sahaja (12 minit – 27 minit setelah Syuruk), bersamaan sehingga masuk waktu Dhuha.
Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa solat Subuh berjemaah, kemudian duduk berzikir kepada Allah  sehingga naik matahari dan mengerjakan solat dua rakaat (Solat Sunat Isyraq). Maka adalah baginya pahala seperti pahala Haji dan Umrah yang sempurna.” (Hadis Riwayat, At-Tirmidzi r.a.)
 Cara Melakukan Solat Isyraq
 1.    Sebelum mendirikan solat Isyraq bacalah doa berikut:
2.     Solat sunat Isyraq dilaksanakan sama seperti solat sunat dua rakaat yang lain.
3.     Lafaz niatnya:-
“Daku solat sunat Isyraq dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”
 4.     Bacaan surah selepas Al-Fatihah:
      Rakaat pertama, bacalah Al-A’la.
      Rakaat ke-dua, baca Al-Fil.
                    Atau;
      Rakaat pertama, bacalah Al-Kafirun.
      Rakaat ke-dua, baca Al-Ikhlas.

5.     Selepas salam bacalah doa ini;






Thursday, February 16, 2012

Berita Harian Online | Puasa hambat barah

Puasa hambat barah
Susunan Nor Affizar Ibrahim
affizar@bharian.com.my
2012/02/16

Amalan digabung kemoterapi mampu atasi kanser termasuk payu dara

TIDAK mengambil makanan bagi tempoh waktu yang pendek boleh membantu untuk memerangi kanser dan meningkatkan keberkesanan rawatan, kata saintis.
Satu kajian mendapati berpuasa memperlahankan pertumbuhan dan penyebaran tumor dan menyembuhkan beberapa jenis kanser apabila ia digabungkan dengan kemoterapi.
Penemuan itu diharapkan akan mendorong pembangunan pelan rawatan yang lebih berkesan dan penyelidikan selanjutnya yang sedang dibuat. Penyiasatan terkini, yang diterbitkan dalam jurnal Science Translational Medicine itu, baru-baru ini mendapati ada reaksi berbeza sel tumor terhadap tekanan berpuasa berbanding sel normal.

Selain memasuki kawasan tidak aktif yang hampir sama dengan hibernasi, sel berkenaan terus membesar dan terpisah, akhirnya memusnahkan diri mereka sendiri.

Peneraju penyelidik, Profesor Valter Longo, dari University of Southern California berkata: “Sel berkenaan sebenarnya, membunuh selular. Apa yang kita nampak ialah bahawa sel kanser cuba untuk mengimbangi kekurangan semua perkara ini hilang dalam darah selepas berpuasa,” katanya.

Profesor Longo dan pasukannya melihat kesan puasa terhadap barah payudara, saluran kencing dan kanser ovari, menggunakan tikus makmal. Berpuasa tanpa kemoterapi, menunjukkan melambatkan pertumbuhan kanser payudara, kanser kulit melanoma, kanser otak glioma dan neuroblastoma - kanser yang membentuk tisu saraf.
Saintis mendapati sel tumor memberi maklum balas yang berbeza kepada tekanan berpuasa berbanding dengan sel normal. Dalam setiap kes yang menggabungkan puasa dengan kemoterapi, membuatkan rawatan kanser lebih berkesan.

Puasa yang dilaksanakan pelbagai kitaran digabungkan bersama kemoterapi, dapat menyembuhkan 20 peratus kanser agresif manakala 40 peratus membabitkan kanser yang penularannya terkawal, didapati sembuh. Tiada tikus terselamat apabila hanya menggunakan kemoterapi.

Penyelidik sebelum ini menyiasat kesan berpuasa pada manusia, tetapi hanya percubaan klinikal selama beberapa tahun akan mengesahkan jika pesakit kanser manusia benar-benar boleh mendapat manfaat daripada sekatan kalori.

Bagaimanapun mereka menegaskan bahawa puasa sebaliknya mungkin boleh membahayakan bagi pesakit yang sudah kehilangan banyak berat badan atau dipengaruhi oleh faktor risiko yang lain, seperti kencing manis.

Keputusan percubaan klinikal awal akan dibentangkan pada mesyuarat tahunan American Society of Cancer Oncologists (Asco) di Chicago Jun ini.

Prof Longo menyatakan, kajian itu hanya ujian jika pesakit dapat toleransi dengan puasa singkat dua hari sebelum dan sehari selepas kemoterapi.

“Kita masih belum tahu sama ada ia berkesan kepada manusia.

“Tetapi pesakit boleh bertanyakan pakar onkologi mereka mengenai kemungkinan gabungan puasa dengan kemoterapi,” katanya