hidup ini ibarat roda, kadang di atas, kadang di bawah... beringatlah selalu, tiada yang kekal melainkan Allah...
Thursday, January 5, 2017
Friday, December 13, 2013
'Rahsia' masjid tak tenggelam dalam banjir besar di Kuantan
Haha... pencerahan dari blog AANS.
Kecoh tersebar gambar masjid kawasan tak tenggelam dalam banjir di Kuantan baru-baru ini sedangkan kawasan sekitarnya ditenggelami banjir. Pelbagai andaian timbul. 'Keajaibannya' sehingga page Siti Nurhaliza dan Izzue Islam turut menyiarkannya.
Blog Addin77.blogspot.com berkongsi sebab tentang keajaiban tersebut. Gambar di bawah sebagai penjelasannya, di mana kawasan masjid ditambak lebih tinggi dari kawasan sekitarnya. Tinggi tambakan yang dibuat menyamai tinggi sebuah kenderaan SUV.
Semoga pencerahan ini dapat merungkaikan keajaiban yang telah tersebar!
'Rahsia' masjid tak tenggelam dalam banjir besar di Kuantan!
on
Thursday, December 12, 2013 at 2:41
AM
Kecoh tersebar gambar masjid kawasan tak tenggelam dalam banjir di Kuantan baru-baru ini sedangkan kawasan sekitarnya ditenggelami banjir. Pelbagai andaian timbul. 'Keajaibannya' sehingga page Siti Nurhaliza dan Izzue Islam turut menyiarkannya.
Blog Addin77.blogspot.com berkongsi sebab tentang keajaiban tersebut. Gambar di bawah sebagai penjelasannya, di mana kawasan masjid ditambak lebih tinggi dari kawasan sekitarnya. Tinggi tambakan yang dibuat menyamai tinggi sebuah kenderaan SUV.
Semoga pencerahan ini dapat merungkaikan keajaiban yang telah tersebar!
Wednesday, December 11, 2013
11.12.13
11.12.13
Tarikh ni akan hadir sekali sahaja setiap abad. Seterusnya, akan muncul pada 11.12.2113.
Saja suka-suki...
Tarikh ni akan hadir sekali sahaja setiap abad. Seterusnya, akan muncul pada 11.12.2113.
Saja suka-suki...
7 Hari dalam Islam
Allah menjadikan masa dalam seminggu tu ada 7 hari iaitu Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad. Dalam setiap hari tu, ada peristiwa-peristiwa penting yang tercatat dalam diari Islam itu sendiri yang menjadi memori sepanjang zaman.
Hari Isnin
1. Naiknya Nabi Idris ke langit.
2. Nabi Musa a.s berangkat ke bukit Thursina.
3. Rasulullah s.a.w dilahirkan.
4. Malaikat Jibril turun kepada Rasulullah s.a.w buat kali pertama.
5. Amal perbuatan umat Nabi Muhamad dilapurkan pada hari Isnin.
6. Hari wafatnya Junjungan mulia, Nabi Muhamad s.a.w.
7. Bukti keesaan Allah, diturunkan “Qul huwallahu ahad”.
Hari Selasa
1. Wafatnya Jurjis.
2. Nabi Yahya a.s wafat pada hari ini.
3. Nabi Zakaria wafat pada hari ini juga.
4. Tukang sihir Firaun tewas dengan mukjizat Nabi Musa.
5. Asiah iaitu isteri kepada Firaun wafat pada hari ni.
6. Habil terbunuh hari selasa.
Hari Rabu
1. Allah menenggelamkan Qarun bersama keluarga dan harta kekayaanya ke dalam perut bumi.
2. Allah menghancurkan Firaun beserta semua pengikut2nya.
3. Allah menghancurkan Raja Namruz bin Kan’an dengan memasukkan serangga ke dalam telinganya.
4. Allah menghancurkan kaum Nabi Saleh a.s.
5. Allah menghancurkan kaum Nabi Hud a.s dengan hembusan angin yang kuat.
Hari Khamis
1. Nabi Ibrahim bertemu dengan Raja Mesir.
2. Saudara-saudara Nabi Yusof berjumpa dengan Nabi Yusof setelah mereka membuang dan mengasingkannya (masa ni, Yusof jadi raja mesir yang terkenal).
3. Bunyamin iaitu saudara kecil Nabi Yusof datang ke Mesir dan berjumpa dengan Nabi Yusof.
4. Nabi Yaakub datang ke negeri Mesir juga untuk bertemu anakandanya yang dirindui.
5. Nabi Musa a.s memasuki Mesir pada hari khamis untuk mengajak Firaun menyembah kepada Allah.
6. Rasululllah s.a.w memasuki Kota Mekah selepas perjanjian hudaibiyah.
Hari Jumaat
1. Pernikahan antara Nabi Adam dan Hawa.
2. Pernikahan antara Nabi Yusof dengan Zulaikha.
3. Pernikahan antara Nabi Musa a.s dan Shafura binti Nabi Syuaib a.s.
4. Pernikahan antara Rasulullah s.a.w dengan Khadijah Khuwailid.
5. Pernikahan antara Nabi Sulaiman a.s dengan Ratu Balqis dari negeri Saba’.
6. Pernikahan antara Rasulullah s.a.w dengan Siti Aisyah binti Abu Bakar.
7. Pernikahan antara Ali bin Abi Talib r.a dengan Fatimah Az-Zahra.
Hari Sabtu
Hari ni pernah disebut oleh Rasulullah sebagai hari tipu daya kerana:
1. Kaum Nabi Nuh membangkang kepada Nabinya.
2. Kaum Nabi Saleh mencabar Nabinya dengan menyembelih unta yang diamanahkan kepada mereka.
3. Saudara-saudara Nabi Yusof mengkhianati Nabi Yusof dengan mencampakkannya ke dalam perigi di padang pasir.
4. Raja Firaun mencabar Nabi Musa.
5. Orang2 Yahudi mengkhianati dan mengejar Nabi Isa a.s untuk membunuhnya. Lalu, Allah mengangkat Nabi Isa ke langit.
6. Orang2 Quraisy menipu dan mencabar Nabi Muhammad di Darun Nadwah.
7. Kaum Yahudi melanggar perintah Allah dengan menangkap ikan walaupun hari itu di larang mereka berbuat demikian.
Hari Ahad
1. Allah menjadikan neraka.
2. Allah mencipta bumi yang tujuh lapis.
3. Allah mencipta langit yang tujuh lapis.
4. Allah menjadikan 7 anggota adam.
5. Allah menjadikan bilangan hari yang tujuh.
6. Allah menjadikan bintang2 yang beredar.
7. Allah menjadikan lautan yang tujuh.
Diantara hari-hari yang tujuh itu, hari Jumaatlah yang paling mulia dan digelar penghulu bagi segala hari. Banyak fadhilat yang boleh kita perolehi pada hari Jumaat.
Begitulah peristiwa-peristiwa penting yang berlaku pada sekian-sekian hari. Hanya dengan mengimbas kembali lipatan sirah nabawiyah, barulah kita dapat gambaran sepenuhnya. Alangkah baiknya kalau kita berada di bumi anbiya. Bolehlah kita menuruti sejarah-sejarah silam, zaman pemerintahan nabi-nabi.
Source (Posted by PAUHatsu)
Friday, December 6, 2013
Kebesaran Allah 2
Subhanallah!!!
Masjid Sungai Isap Tidak Ditenggelami Air Banjir . Walaupun seluruh kawasan di sekitar Kampung Sungai Isap Kuantan ini di tenggelami air banjir, namun sekitar kawasan masjid kampung tersebut tidak di tenggelami air, itu lah keajaiban kuasa Allah melindungi tempat suci umat islam.
Jika semalam Masjid Al-Fatah Batu 3 Jalan Gambang yang ditenggelami air, namun hanya air jernih sahaja yang memenuhi ruang solat masjid itu.
Kini Masjid Sungai Isap pula dilindungi. Maha suci pencinta seluruh alam melindungi kebesaran dari segala musibah yang berlaku, kawasan segi empat yang menempatkan masjid ini tidak sedikit pun terjejas dan tenggelam sedangkan di persekitarannya rumah, pejabat sudah di tenggelami air.
Allahu Akbar.
Kebesaran Allah 1
Subhanallah.... Ketika air banjir menenggelami
hampir keseluruhan bandar Kuantan, keajaiban berlaku di Masjid Al-Fatah, Batu 3,
Jalan Gambang-Kuantan. Air keruh berlumpur yang membanjiri pekarangan masjid
tersebut didapati menjadi jernih apabila memasuki ruang solat masjid.
Thursday, August 15, 2013
Tuesday, July 30, 2013
Friday, March 22, 2013
Wednesday, February 29, 2012
Tuesday, February 21, 2012
Solat Sunat Isyraq
Solat Sunat Isyraq
Posted 06/07/2011 by Shafi-Q
Solat Sunat Isyraq dua rakaat ini dikerjakan selepas waktu Syuruk iaitu setelah matahari naik anggaran setengah galah (4 hasta atau 1.5 meter), lebih tepatnya kira-kira 12 minit setelah terbit matahari.
Diberi tempoh masa 12 minit ini sejak waktu Syuruk (terbit matahari) adalah agar ia tidak menyamai orang yang menyembah matahari. Waktu ini juga adalah haram untuk melakukan sebarang solat kerana tanduk syaitan berada di antara matahari.
Tempoh masa Solat Sunat Isyraq adalah sangat singkat iaitu 15 minit sahaja (12 minit – 27 minit setelah Syuruk), bersamaan sehingga masuk waktu Dhuha.
Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa solat Subuh berjemaah, kemudian duduk berzikir kepada Allah sehingga naik matahari dan mengerjakan solat dua rakaat (Solat Sunat Isyraq). Maka adalah baginya pahala seperti pahala Haji dan Umrah yang sempurna.” (Hadis Riwayat, At-Tirmidzi r.a.)
Cara Melakukan Solat Isyraq
1. Sebelum mendirikan solat Isyraq bacalah doa berikut:
2. Solat sunat Isyraq dilaksanakan sama seperti solat sunat dua rakaat yang lain.
3. Lafaz niatnya:-
4. Bacaan surah selepas Al-Fatihah:
Rakaat pertama, bacalah Al-A’la.
Rakaat ke-dua, baca Al-Fil.
Atau;
Rakaat pertama, bacalah Al-Kafirun.
Rakaat ke-dua, baca Al-Ikhlas.
5. Selepas salam bacalah doa ini;
Thursday, February 16, 2012
Berita Harian Online | Puasa hambat barah
Puasa hambat barah
Susunan Nor Affizar Ibrahim
affizar@bharian.com.my
2012/02/16
Amalan digabung kemoterapi mampu atasi kanser termasuk payu dara TIDAK mengambil makanan bagi tempoh waktu yang pendek boleh membantu untuk memerangi kanser dan meningkatkan keberkesanan rawatan, kata saintis.
Satu kajian mendapati berpuasa memperlahankan pertumbuhan dan penyebaran tumor dan menyembuhkan beberapa jenis kanser apabila ia digabungkan dengan kemoterapi.
Penemuan itu diharapkan akan mendorong pembangunan pelan rawatan yang lebih berkesan dan penyelidikan selanjutnya yang sedang dibuat. Penyiasatan terkini, yang diterbitkan dalam jurnal Science Translational Medicine itu, baru-baru ini mendapati ada reaksi berbeza sel tumor terhadap tekanan berpuasa berbanding sel normal.
Selain memasuki kawasan tidak aktif yang hampir sama dengan hibernasi, sel berkenaan terus membesar dan terpisah, akhirnya memusnahkan diri mereka sendiri.
Peneraju penyelidik, Profesor Valter Longo, dari University of Southern California berkata: “Sel berkenaan sebenarnya, membunuh selular. Apa yang kita nampak ialah bahawa sel kanser cuba untuk mengimbangi kekurangan semua perkara ini hilang dalam darah selepas berpuasa,” katanya.
Profesor Longo dan pasukannya melihat kesan puasa terhadap barah payudara, saluran kencing dan kanser ovari, menggunakan tikus makmal. Berpuasa tanpa kemoterapi, menunjukkan melambatkan pertumbuhan kanser payudara, kanser kulit melanoma, kanser otak glioma dan neuroblastoma - kanser yang membentuk tisu saraf.
Saintis mendapati sel tumor memberi maklum balas yang berbeza kepada tekanan berpuasa berbanding dengan sel normal. Dalam setiap kes yang menggabungkan puasa dengan kemoterapi, membuatkan rawatan kanser lebih berkesan.
Puasa yang dilaksanakan pelbagai kitaran digabungkan bersama kemoterapi, dapat menyembuhkan 20 peratus kanser agresif manakala 40 peratus membabitkan kanser yang penularannya terkawal, didapati sembuh. Tiada tikus terselamat apabila hanya menggunakan kemoterapi.
Penyelidik sebelum ini menyiasat kesan berpuasa pada manusia, tetapi hanya percubaan klinikal selama beberapa tahun akan mengesahkan jika pesakit kanser manusia benar-benar boleh mendapat manfaat daripada sekatan kalori.
Bagaimanapun mereka menegaskan bahawa puasa sebaliknya mungkin boleh membahayakan bagi pesakit yang sudah kehilangan banyak berat badan atau dipengaruhi oleh faktor risiko yang lain, seperti kencing manis.
Keputusan percubaan klinikal awal akan dibentangkan pada mesyuarat tahunan American Society of Cancer Oncologists (Asco) di Chicago Jun ini.
Prof Longo menyatakan, kajian itu hanya ujian jika pesakit dapat toleransi dengan puasa singkat dua hari sebelum dan sehari selepas kemoterapi.
“Kita masih belum tahu sama ada ia berkesan kepada manusia.
“Tetapi pesakit boleh bertanyakan pakar onkologi mereka mengenai kemungkinan gabungan puasa dengan kemoterapi,” katanya
Friday, November 11, 2011
Monday, October 31, 2011
Amalan Sunnah di Bulan Zulhijjah
KEUTAMAAN 10 HARI PERTAMA BULAN DZULHIJJAH DAN AMALAN YANG DISYARIATKAN
Oleh Syaikh Abdullah bin Abdurrahman Al-Jibrin
Oleh Syaikh Abdullah bin Abdurrahman Al-Jibrin
Segala puji bagi Allah semata, shalawat dan salam semoga tercurah kepada Rasulullah, Nabi kita Muhammad, kepada keluarga dan segenap sahabatnya.
Diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Rahimahullah, daripada Ibnu ‘Abbas Radhiyallahu ‘Anhuma bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :
“Ertinya : Tidak ada hari di mana amal shalih pada saat itu lebih dicintai oleh Allah daripada hari-hari ini, yaitu : Sepuluh hari dari bulan Dzulhijjah. Mereka bertanya : Ya Rasulullah, tidak juga jihad fi sabilillah ?. Beliau menjawab : Tidak juga jihad fi sabilillah, kecuali orang yang keluar (berjihad) dengan jiwa dan hartanya, kemudian tidak kembali dengan sesuatu apapun”.
Imam Ahmad, Rahimahullah, meriwayatkan dari Umar Radhiyallahu ‘Anhuma, bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :
“Ertinya : Tidak ada hari yang paling agung dan amat dicintai Allah untuk berbuat kebajikan di dalamnya daripada sepuluh hari (Dzulhijjah) ini. Maka perbanyaklah pada saat itu tahlil, takbir dan tahmid”.
AMALAN-AMALAN YANG DISYARIATKAN
(1). Melaksanakan Ibadah Haji Dan Umrah
Amal ini adalah amal yang paling utama, berdasarkan berbagai hadits shahih yang menunjukkan keutamaannya, antara lain : sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam:
“Ertinya : Dari umrah ke umrah adalah tebusan (dosa-dosa yang dikerjakan) di antara keduanya, dan haji yang mabrur balasannya tiada lain adalah Syurga”.
(2). Berpuasa Selama Hari-Hari Tersebut, Atau Pada Sebahagiannya, Terutama Pada Hari Arafah.
Tidak disangsikan lagi bahawa puasa adalah jenis amalan yang paling utama, dan yang dipilih Allah untuk diri-Nya. Disebutkan di dalam hadist Qudsi :
“Ertinya : Puasa ini adalah untuk-Ku, dan Aku lah yang akan membalasnya. Sungguh dia telah meninggalkan syahwat, makanan dan minumannya semata-mata kerana Aku”.
Diriwayatkan dari Abu Said Al-Khudri, Radhiyallahu ‘Anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :
“Ertinya : Tidaklah seorang hamba berpuasa sehari di jalan Allah melainkan Allah pasti menjauhkan dirinya dengan puasanya itu dari api neraka selama tujuh puluh tahun”. (Hadits Muttafaq ‘Alaih).
Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Abu Qatadah Rahimahullah bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :
“Ertinya : Berpuasa pada hari Arafah kerana mengharap pahala dari Allah melebur dosa-dosa setahun sebelum dan sesudahnya”.
(3). Takbir Dan Dzikir Pada Hari-Hari Tersebut.
Sebagaimana firman Allah Ta’ala.
“Ertinya : …. dan supaya mereka menyebut nama Allah pada hari-hari yang telah ditentukan …”. (Al-Hajj : 28).
Para ahli tafsir menafsirkannya dengan sepuluh hari dari bulan Dzulhijjah. Oleh kerana itu, para ulama menganjurkan untuk memperbanyak dzikir pada hari-hari tersebut, berdasarkan hadits dari Ibnu Umar Radhiyallahu ‘Anhuma.
“Ertinya : Maka perbanyaklah pada hari-hari itu tahlil, takbir dan tahmid”. (Hadits Riwayat Ahmad).
Imam Bukhari Rahimahullah menuturkan bahawa Ibnu Umar dan Abu Hurairah Radhiyallahu ‘Anhuma keluar ke pasar pada sepuluh hari tersebut seraya mengumandangkan takbir lalu orang-orangpun mengikuti takbirnya. Dan Ishaq, Rahimahullah, meriwayatkan dari fuqaha’, tabiin bahawa pada hari-hari ini mengucapkan :
“Allahu Akbar, Allahu Akbar, Laa Ilaha Ilallah, wa-Allahu Akbar, Allahu Akbar wa Lillahil Hamdu”
“Ertinya : Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Tidak ada Ilah (Sembahan) Yang Haq selain Allah. Dan Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, segala puji hanya bagi Allah”.
Dianjurkan untuk mengeraskan suara dalam bertakbir ketika berada di pasar, rumah, jalan, masjid dan lain-lainnya. Sebagaimana firman Allah.
“Ertinya : Dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu …”. (Al-Baqarah : 185).
Tidak dibolehkan mengumandangkan takbir bersama-sama, yaitu dengan berkumpul pada suatu majlis dan mengucapkannya dengan satu suara (koir). Hal ini tidak pernah dilakukan oleh para Salaf. Yang menurut sunnah adalah masing-masing orang bertakbir sendiri-sendiri. Ini berlaku pada semua dzikir dan do’a, kecuali kerana tidak mengerti sehingga dia harus belajar dengan mengikuti orang lain.
Dan diperbolehkan berdzikir dengan yang mudah-mudah. Seperti : takbir, tasbih dan do’a-do’a lainnya yang disyariatkan.
(4). Taubat Serta Meninggalkan Segala Maksiat Dan Dosa.
Sehingga akan mendapatkan ampunan dan rahmat. Maksiat adalah penyebab terjauhkan dan terusirnya hamba daripada Allah, dan keta’atan adalah penyebab dekat dan cinta kasih Allah kepadanya.
Disebutkan dalam hadits dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘Anhu, bahawasanya Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.
“Ertinya : Sesungguhnya Allah itu cemburu, dan kecemburuan Allah itu manakala seorang hamba melakukan apa yang diharamkan Allah terhadapnya” (Hadits Muttafaq ‘Alaihi).
(5). Banyak Beramal Shalih.
Berupa ibadah sunat seperti : shalat, sedekah, jihad, membaca Al-Qur’an, amar ma’ruf nahi munkar dan lain sebagainya. Sebab amalan-amalan tersebut pada hari itu dilipat gandakan pahalanya. Bahkan amal ibadah yang tidak utama bila dilakukan pada hari itu akan menjadi lebih utama dan dicintai Allah daripada amal ibadah pada hari lainnya meskipun merupakan amal ibadah yang utama, sekalipun jihad yang merupakan amal ibadah yang amat utama, kecuali jihad orang yang tidak kembali dengan harta dan jiwanya.
(6). Disyariatkan Pada Hari-Hari Itu Takbir Muthlaq
Yaitu pada setiap saat, siang ataupun malam sampai shalat Ied. Dan disyariatkan pula takbir muqayyad, yaitu yang dilakukan setiap selesai shalat fardhu yang dilaksanakan dengan berjama’ah ; bagi selain jama’ah haji dimulai dari sejak Fajar Hari Arafah dan bagi Jama’ah Haji dimulai sejak Dzhuhur hari raya Qurban terus berlangsung hingga shalat Ashar pada hari Tasyriq.
(7). Berkorban Pada Hari Raya Qurban Dan Hari-hari Tasyriq.
Hal ini adalah sunnah Nabi Ibrahim ‘Alaihissalam, yakni ketika Allah Ta’ala menebus puteranya dengan sembelihan yang agung. Diriwayatkan bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam.
“Ertinya : Berkorban dengan menyembelih dua ekor domba jantan berwarna putih dan bertanduk. Beliau sendiri yang menyembelihnya dengan menyebut nama Allah dan bertakbir, serta meletakkan kaki beliau di sisi tubuh domba itu”. (Muttafaq ‘Alaihi).
(8). Dilarang Mencabut Atau Memotong Rambut Dan Kuku Bagi Orang Yang Hendak Berkorban.
Diriwayatkan oleh Muslim dan lainnya, dari Ummu Salamah Radhiyallhu ‘Anha bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.
“Ertinya : Jika kamu melihat hilal bulan Dzul Hijjah dan salah seorang di antara kamu ingin berkorban, maka hendaklah ia menahan diri dari (memotong) rambut dan kukunya”.
Dalam riwayat lain :
“Maka janganlah ia mengambil sesuatu dari rambut atau kukunya sehingga ia berkorban”.
Hal ini, mungkin, untuk menyerupai orang yang menunaikan ibadah haji yang membawa haiwan korbannya. Firman Allah.
“Ertinya : ….. dan jangan kamu mencukur (rambut) kepalamu, sebelum korban sampai di tempat penyembelihan…”. (Al-Baqarah : 196).
Larangan ini, menurut zhahirnya, hanya dikhususkan bagi orang yang berkorban saja, tidak termasuk isteri dan anak-anaknya, kecuali jika masing-masing dari mereka berkorban. Dan diperbolehkan membasahi rambut serta menggosoknya, meskipun terdapat beberapa rambutnya yang gugur.
(9). Melaksanakan Shalat Iedul Adha Dan Mendengarkan Khutbahnya.
Setiap muslim hendaknya memahami hikmah disyariatkannya hari raya ini. Hari ini adalah hari bersyukur dan beramal kebajikan. Maka janganlah dijadikan sebagai hari keangkuhan dan kesombongan ; janganlah dijadikan kesempatan bermaksiat dan bergelimang dalam kemungkaran seperti ; nyanyi-nyanyian, main judi, mabuk-mabukan dan sejenisnya. Hal mana akan menyebabkan terhapusnya amal kebajikan yang dilakukan selama sepuluh hari.
(10). Selain Hal-Hal Yang Telah Disebutkan Diatas.
Hendaknya setiap muslim dan muslimah mengisi hari-hari ini dengan melakukan ketaatan, dzikir dan syukur kepada Allah, melaksanakan segala kewajiban dan menjauhi segala larangan ; memanfaatkan kesempatan ini dan berusaha memperoleh kemurahan Allah agar mendapat ridha-Nya.
Semoga Allah melimpahkan taufik-Nya dan menunjuki kita kepada jalan yang lurus. Dan shalawat serta salam semoga tetap tercurah kepada Nabi Muhammad, kepada keluarga dan para sahabatnya.
Tuesday, May 10, 2011
Miracle Drink : Carrot, Beet Root and Apple
C&P from MamaFami’s SPICE N SPLENDOUR

YOU WILL NEVER REGRET! IT DOES NOT COST YOU MUCH MONEY! PLEASE CIRCULATE TO YOUR FAMILY AND FRIENDS.
Saturday, April 30, 2011
Thursday, March 17, 2011
Thursday, March 10, 2011
Kelebihan Surah Yassin
urah Yassin
RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:
1. Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
11. Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali".
12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi,
"Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".
13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yassin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya:
"Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yassin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya dihadapannya pada hari emudian dan dia akan menerima suratan amalannya ditangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik"
Saturday, February 19, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)


















