Tuesday, February 21, 2012

Solat Sunat Isyraq

Solat Sunat Isyraq
Posted 06/07/2011 by Shafi-Q 
 Solat Sunat Isyraq dua rakaat ini dikerjakan selepas waktu Syuruk iaitu setelah matahari naik anggaran setengah galah (4 hasta atau 1.5 meter), lebih tepatnya kira-kira 12 minit setelah terbit matahari.
Diberi tempoh masa 12 minit ini sejak waktu Syuruk (terbit matahari) adalah agar ia tidak menyamai orang yang menyembah matahari. Waktu ini juga adalah haram untuk melakukan sebarang solat kerana tanduk syaitan berada di antara matahari.
Tempoh masa Solat Sunat Isyraq adalah sangat singkat iaitu 15 minit sahaja (12 minit – 27 minit setelah Syuruk), bersamaan sehingga masuk waktu Dhuha.
Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa solat Subuh berjemaah, kemudian duduk berzikir kepada Allah  sehingga naik matahari dan mengerjakan solat dua rakaat (Solat Sunat Isyraq). Maka adalah baginya pahala seperti pahala Haji dan Umrah yang sempurna.” (Hadis Riwayat, At-Tirmidzi r.a.)
 Cara Melakukan Solat Isyraq
 1.    Sebelum mendirikan solat Isyraq bacalah doa berikut:
2.     Solat sunat Isyraq dilaksanakan sama seperti solat sunat dua rakaat yang lain.
3.     Lafaz niatnya:-
“Daku solat sunat Isyraq dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”
 4.     Bacaan surah selepas Al-Fatihah:
      Rakaat pertama, bacalah Al-A’la.
      Rakaat ke-dua, baca Al-Fil.
                    Atau;
      Rakaat pertama, bacalah Al-Kafirun.
      Rakaat ke-dua, baca Al-Ikhlas.

5.     Selepas salam bacalah doa ini;






Thursday, February 16, 2012

Berita Harian Online | Puasa hambat barah

Puasa hambat barah
Susunan Nor Affizar Ibrahim
affizar@bharian.com.my
2012/02/16

Amalan digabung kemoterapi mampu atasi kanser termasuk payu dara

TIDAK mengambil makanan bagi tempoh waktu yang pendek boleh membantu untuk memerangi kanser dan meningkatkan keberkesanan rawatan, kata saintis.
Satu kajian mendapati berpuasa memperlahankan pertumbuhan dan penyebaran tumor dan menyembuhkan beberapa jenis kanser apabila ia digabungkan dengan kemoterapi.
Penemuan itu diharapkan akan mendorong pembangunan pelan rawatan yang lebih berkesan dan penyelidikan selanjutnya yang sedang dibuat. Penyiasatan terkini, yang diterbitkan dalam jurnal Science Translational Medicine itu, baru-baru ini mendapati ada reaksi berbeza sel tumor terhadap tekanan berpuasa berbanding sel normal.

Selain memasuki kawasan tidak aktif yang hampir sama dengan hibernasi, sel berkenaan terus membesar dan terpisah, akhirnya memusnahkan diri mereka sendiri.

Peneraju penyelidik, Profesor Valter Longo, dari University of Southern California berkata: “Sel berkenaan sebenarnya, membunuh selular. Apa yang kita nampak ialah bahawa sel kanser cuba untuk mengimbangi kekurangan semua perkara ini hilang dalam darah selepas berpuasa,” katanya.

Profesor Longo dan pasukannya melihat kesan puasa terhadap barah payudara, saluran kencing dan kanser ovari, menggunakan tikus makmal. Berpuasa tanpa kemoterapi, menunjukkan melambatkan pertumbuhan kanser payudara, kanser kulit melanoma, kanser otak glioma dan neuroblastoma - kanser yang membentuk tisu saraf.
Saintis mendapati sel tumor memberi maklum balas yang berbeza kepada tekanan berpuasa berbanding dengan sel normal. Dalam setiap kes yang menggabungkan puasa dengan kemoterapi, membuatkan rawatan kanser lebih berkesan.

Puasa yang dilaksanakan pelbagai kitaran digabungkan bersama kemoterapi, dapat menyembuhkan 20 peratus kanser agresif manakala 40 peratus membabitkan kanser yang penularannya terkawal, didapati sembuh. Tiada tikus terselamat apabila hanya menggunakan kemoterapi.

Penyelidik sebelum ini menyiasat kesan berpuasa pada manusia, tetapi hanya percubaan klinikal selama beberapa tahun akan mengesahkan jika pesakit kanser manusia benar-benar boleh mendapat manfaat daripada sekatan kalori.

Bagaimanapun mereka menegaskan bahawa puasa sebaliknya mungkin boleh membahayakan bagi pesakit yang sudah kehilangan banyak berat badan atau dipengaruhi oleh faktor risiko yang lain, seperti kencing manis.

Keputusan percubaan klinikal awal akan dibentangkan pada mesyuarat tahunan American Society of Cancer Oncologists (Asco) di Chicago Jun ini.

Prof Longo menyatakan, kajian itu hanya ujian jika pesakit dapat toleransi dengan puasa singkat dua hari sebelum dan sehari selepas kemoterapi.

“Kita masih belum tahu sama ada ia berkesan kepada manusia.

“Tetapi pesakit boleh bertanyakan pakar onkologi mereka mengenai kemungkinan gabungan puasa dengan kemoterapi,” katanya

Friday, November 11, 2011

Monday, October 31, 2011

Amalan Sunnah di Bulan Zulhijjah

KEUTAMAAN 10 HARI PERTAMA BULAN DZULHIJJAH DAN AMALAN YANG DISYARIATKAN
Oleh Syaikh Abdullah bin Abdurrahman Al-Jibrin

Segala puji bagi Allah semata, shalawat dan salam semoga tercurah kepada Rasulullah, Nabi kita Muhammad, kepada keluarga dan segenap sahabatnya.

Diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Rahimahullah, daripada Ibnu ‘Abbas Radhiyallahu ‘Anhuma bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :
“Ertinya : Tidak ada hari di mana amal shalih pada saat itu lebih dicintai oleh Allah daripada hari-hari ini, yaitu : Sepuluh hari dari bulan Dzulhijjah. Mereka bertanya : Ya Rasulullah, tidak juga jihad fi sabilillah ?. Beliau menjawab : Tidak juga jihad fi sabilillah, kecuali orang yang keluar (berjihad) dengan jiwa dan hartanya, kemudian tidak kembali dengan sesuatu apapun”.

Imam Ahmad, Rahimahullah, meriwayatkan dari Umar Radhiyallahu ‘Anhuma, bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :
“Ertinya : Tidak ada hari yang paling agung dan amat dicintai Allah untuk berbuat kebajikan di dalamnya daripada sepuluh hari (Dzulhijjah) ini. Maka perbanyaklah pada saat itu tahlil, takbir dan tahmid”.
 AMALAN-AMALAN YANG DISYARIATKAN

(1). Melaksanakan Ibadah Haji Dan Umrah
Amal ini adalah amal yang paling utama, berdasarkan berbagai hadits shahih yang menunjukkan keutamaannya, antara lain : sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam:
“Ertinya : Dari umrah ke umrah adalah tebusan (dosa-dosa yang dikerjakan) di antara keduanya, dan haji yang mabrur balasannya tiada lain adalah Syurga”.

(2). Berpuasa Selama Hari-Hari Tersebut, Atau Pada Sebahagiannya, Terutama Pada Hari Arafah.
Tidak disangsikan lagi bahawa puasa adalah jenis amalan yang paling utama, dan yang dipilih Allah untuk diri-Nya. Disebutkan di dalam hadist Qudsi :
“Ertinya : Puasa ini adalah untuk-Ku, dan Aku lah yang akan membalasnya. Sungguh dia telah meninggalkan syahwat, makanan dan minumannya semata-mata kerana Aku”.

Diriwayatkan dari Abu Said Al-Khudri, Radhiyallahu ‘Anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :
“Ertinya : Tidaklah seorang hamba berpuasa sehari di jalan Allah melainkan Allah pasti menjauhkan dirinya dengan puasanya itu dari api neraka selama tujuh puluh tahun”. (Hadits Muttafaq ‘Alaih).

Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Abu Qatadah Rahimahullah bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :
“Ertinya : Berpuasa pada hari Arafah kerana mengharap pahala dari Allah melebur dosa-dosa setahun sebelum dan sesudahnya”.

(3). Takbir Dan Dzikir Pada Hari-Hari Tersebut.
Sebagaimana firman Allah Ta’ala.
“Ertinya : …. dan supaya mereka menyebut nama Allah pada hari-hari yang telah ditentukan …”. (Al-Hajj : 28).

Para ahli tafsir menafsirkannya dengan sepuluh hari dari bulan Dzulhijjah. Oleh kerana itu, para ulama menganjurkan untuk memperbanyak dzikir pada hari-hari tersebut, berdasarkan hadits dari Ibnu Umar Radhiyallahu ‘Anhuma.
“Ertinya : Maka perbanyaklah pada hari-hari itu tahlil, takbir dan tahmid”. (Hadits Riwayat Ahmad).

Imam Bukhari Rahimahullah menuturkan bahawa Ibnu Umar dan Abu Hurairah Radhiyallahu ‘Anhuma keluar ke pasar pada sepuluh hari tersebut seraya mengumandangkan takbir lalu orang-orangpun mengikuti takbirnya. Dan Ishaq, Rahimahullah, meriwayatkan dari fuqaha’, tabiin bahawa pada hari-hari ini mengucapkan :
“Allahu Akbar, Allahu Akbar, Laa Ilaha Ilallah, wa-Allahu Akbar, Allahu Akbar wa Lillahil Hamdu”
“Ertinya : Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Tidak ada Ilah (Sembahan) Yang Haq selain Allah. Dan Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, segala puji hanya bagi Allah”.

Dianjurkan untuk mengeraskan suara dalam bertakbir ketika berada di pasar, rumah, jalan, masjid dan lain-lainnya. Sebagaimana firman Allah.
“Ertinya : Dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu …”. (Al-Baqarah : 185).

Tidak dibolehkan mengumandangkan takbir bersama-sama, yaitu dengan berkumpul pada suatu majlis dan mengucapkannya dengan satu suara (koir). Hal ini tidak pernah dilakukan oleh para Salaf. Yang menurut sunnah adalah masing-masing orang bertakbir sendiri-sendiri. Ini berlaku pada semua dzikir dan do’a, kecuali kerana tidak mengerti sehingga dia harus belajar dengan mengikuti orang lain.
Dan diperbolehkan berdzikir dengan yang mudah-mudah. Seperti : takbir, tasbih dan do’a-do’a lainnya yang disyariatkan.

(4). Taubat Serta Meninggalkan Segala Maksiat Dan Dosa.
Sehingga akan mendapatkan ampunan dan rahmat. Maksiat adalah penyebab terjauhkan dan terusirnya hamba daripada Allah, dan keta’atan adalah penyebab dekat dan cinta kasih Allah kepadanya.

Disebutkan dalam hadits dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘Anhu, bahawasanya Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.
“Ertinya : Sesungguhnya Allah itu cemburu, dan kecemburuan Allah itu manakala seorang hamba melakukan apa yang diharamkan Allah terhadapnya” (Hadits Muttafaq ‘Alaihi).

(5). Banyak Beramal Shalih.
Berupa ibadah sunat seperti : shalat, sedekah, jihad, membaca Al-Qur’an, amar ma’ruf nahi munkar dan lain sebagainya. Sebab amalan-amalan tersebut pada hari itu dilipat gandakan pahalanya. Bahkan amal ibadah yang tidak utama bila dilakukan pada hari itu akan menjadi lebih utama dan dicintai Allah daripada amal ibadah pada hari lainnya meskipun merupakan amal ibadah yang utama, sekalipun jihad yang merupakan amal ibadah yang amat utama, kecuali jihad orang yang tidak kembali dengan harta dan jiwanya.

(6). Disyariatkan Pada Hari-Hari Itu Takbir Muthlaq
Yaitu pada setiap saat, siang ataupun malam sampai shalat Ied. Dan disyariatkan pula takbir muqayyad, yaitu yang dilakukan setiap selesai shalat fardhu yang dilaksanakan dengan berjama’ah ; bagi selain jama’ah haji dimulai dari sejak Fajar Hari Arafah dan bagi Jama’ah Haji dimulai sejak Dzhuhur hari raya Qurban terus berlangsung hingga shalat Ashar pada hari Tasyriq.

(7). Berkorban Pada Hari Raya Qurban Dan Hari-hari Tasyriq.
Hal ini adalah sunnah Nabi Ibrahim ‘Alaihissalam, yakni ketika Allah Ta’ala menebus puteranya dengan sembelihan yang agung. Diriwayatkan bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam.
“Ertinya : Berkorban dengan menyembelih dua ekor domba jantan berwarna putih dan bertanduk. Beliau sendiri yang menyembelihnya dengan menyebut nama Allah dan bertakbir, serta meletakkan kaki beliau di sisi tubuh domba itu”. (Muttafaq ‘Alaihi).

(8). Dilarang Mencabut Atau Memotong Rambut Dan Kuku Bagi Orang Yang Hendak Berkorban.
Diriwayatkan oleh Muslim dan lainnya, dari Ummu Salamah Radhiyallhu ‘Anha bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.
“Ertinya : Jika kamu melihat hilal bulan Dzul Hijjah dan salah seorang di antara kamu ingin berkorban, maka hendaklah ia menahan diri dari (memotong) rambut dan kukunya”.

Dalam riwayat lain :
“Maka janganlah ia mengambil sesuatu dari rambut atau kukunya sehingga ia berkorban”.
Hal ini, mungkin, untuk menyerupai orang yang menunaikan ibadah haji yang membawa haiwan korbannya. Firman Allah.
“Ertinya : ….. dan jangan kamu mencukur (rambut) kepalamu, sebelum korban sampai di tempat penyembelihan…”. (Al-Baqarah : 196).

Larangan ini, menurut zhahirnya, hanya dikhususkan bagi orang yang berkorban saja, tidak termasuk isteri dan anak-anaknya, kecuali jika masing-masing dari mereka berkorban. Dan diperbolehkan membasahi rambut serta menggosoknya, meskipun terdapat beberapa rambutnya yang gugur.

(9). Melaksanakan Shalat Iedul Adha Dan Mendengarkan Khutbahnya.
Setiap muslim hendaknya memahami hikmah disyariatkannya hari raya ini. Hari ini adalah hari bersyukur dan beramal kebajikan. Maka janganlah dijadikan sebagai hari keangkuhan dan kesombongan ; janganlah dijadikan kesempatan bermaksiat dan bergelimang dalam kemungkaran seperti ; nyanyi-nyanyian, main judi, mabuk-mabukan dan sejenisnya. Hal mana akan menyebabkan terhapusnya amal kebajikan yang dilakukan selama sepuluh hari.

(10). Selain Hal-Hal Yang Telah Disebutkan Diatas.
Hendaknya setiap muslim dan muslimah mengisi hari-hari ini dengan melakukan ketaatan, dzikir dan syukur kepada Allah, melaksanakan segala kewajiban dan menjauhi segala larangan ; memanfaatkan kesempatan ini dan berusaha memperoleh kemurahan Allah agar mendapat ridha-Nya.

Semoga Allah melimpahkan taufik-Nya dan menunjuki kita kepada jalan yang lurus. Dan shalawat serta salam semoga tetap tercurah kepada Nabi Muhammad, kepada keluarga dan para sahabatnya.