Balik kg untuk raya pada petang hari khamis, dapat pelepasan pada pukul 3.00 ptg. Ambil anak di asrama dan terus balik. Alhamdulillah, sampai kg pada pukul 5.30 ptg. Jalan tak jam sangat, cuma banyak kereta dari KL hingga exit Senawang. Dapatlah berbuka di kg. Adik beradik ada yg beraya kat rumah mertua, raya kedua baru balik kg. Adik yg dok kg pulak, balik ke rumah mertua pada ptg tu, raya ke3 baru balik semula.
Pagi raya, pergi solat raya di masjid, balik tu pergi ziarah kubur mak, nenek dan datuk, pas tu pergi rumah mak-mak sedara terdekat dan beberapa rumah jiran sebelah rumah.
Raya kedua, adik beradik yg beraya kat rumah mertua sampai, kami pi rumah sedara lagi, pi open house biras dan rumah anak sedara.
Hari ahad kena balik KL sebab anak dah mula lecture hari isnin. Bertolak awal dari kg, nak elakkan jam, ikut jalan lama halfway, then ambil lekas highway dari Seremban, sampai KL pukul 2.30 ptg, memang lekas sampai KL. Singgah rumah pak sedara on the way, mereka berdua dah mula puasa sunat Syawal, walaupun kurang sihat cirit birit, baru sampai dari S'pura last nite. Then hantar anak balik asrama. Alhamdulillah, syukur padaMu, Ya Allah, kerana selamat perjalananku dan selamat sampai ke rumah.
No comments:
Post a Comment