Wednesday, December 15, 2010

Kelebihan Hari Asyura

Sahabat bertanya;  Ya,  Rasulullah,  Allah telah melebihkan hari Assyuuraa' dari lain-lain hari.
Jawab Rasulullah:  Benar!.



Said bin Jubair dari Ibn Abbas r.a. berkata; Ketika Nabi SAW. baru hijrah ke Madinah,  mendapatkan kaum Yahudi puasa pada hari Assyuuraa';  maka tanya kepada mereka tentang itu.  Jawab mereka;  "Hari itu Allah memenangkan Nabi Musa a.s.  dari Bani Israil terhadap Fir'aun dan kaumnya.  Maka kami puasa kerana mengagungkan hari ini".  Maka sabda Nabi SAW.;  "Kami lebih layak mengikuti jejak Musa dari kamu".  maka Nabi SAW.  menyuruh sahabat supaya berpuasa.
Abul-Laits meriwayatkan dgn sanadnya dari Ikrimah berkata;  Hari Assyuuraa' ialah hari diterimanya taubatnya Nabi Adam.  Dan ia pula hari turunnya Nabi Nuh dari perahunya.  Maka ia berpuasa syukur;  dan ia pula hari tenggelamnya Fir'aun dan terbelahnya laut bagi Nabi Musa a.s. dan Bani Israil.  Maka mereka berpuasa;  kerana itu jika dapat;  engkau berpuasalah pada  hari Assyuuraa'.

Abul-Laits meriwayatkan dgn sanadnya dari Muhammad bin Maisarah berkata; Bahawa siapa yg melapangkan pada keluarganya pada hari Assyuuraa',  maka Allah akan meluaskan rezekinya sepanjang tahun itu.
Allah telah menjadikan langit dan bumi pada hari Assyuuraa',
dan menjadikan Adam juga Hawa pada hari Assyuuraa';
dan menjadikan Syurga serta memasukkan Adam di syurga pada hari Assyuuraa';
dan Allah menyelamatkan dari api neraka pada hari Assyuuraa';
dan menenggelamkan Fir'aun pada hari Assyuuraa';
dan menyembuhkan bala Nabi Ayyub pada hari Assyuuraa'
dan Allah memberi taubat kepada Adam pada hari Assyuuraa';
dan diampunkan dosa Nabi Daud pada hari Assyuuraa';
dan juga kembalinya kerajaan Nabi Sulaiman pada hari Assyuuraa';
dan akan terjadi Qiyamat pada hari Assyuuraa'

No comments:

Post a Comment